video of the month

Monday, February 16, 2009

Perkhemahan Pentarafan Kelana 1 sesi 2008/2009

Tahniah dan syabas kepada petugas dan pengarah program, saudara Saiful kerana berjaya menjayakan program Pentarafan Kelana pada 30/1/09. Sebagai presiden, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas yang hadir dan berada di tapak perkhemahan dari awal hingga ke akhir perkhemahan untuk melaksanakan segala persiapan. Tanpa anda, siapalah saya.

Untuk pengetahuan para pembaca, perkhemahan ini telah dijalankan pada hari Jumaat bersamaan 30/1/2009 sehingga hari ahad 1/2/09 di Gohtong Jaya, Genting Highlands. Seramai 9 orang peserta telah menerima pentarafan kelana setelah berjaya melaksanakan ujian dan tugasan yang mencabar.Mereka yang berjaya divigilkan adalah Zul fauzi, Yati, Tun, Zaakir, Nabeel, Zul Hafiy , Roy, Ayie, dan Bad. Now you are one of us, we are one family. Diharap anda semua bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan, bersama-sama kami. Tahniah.

Pesanan untuk ahli keluarga baru KLKM UNITEN,

Dengan ini kamu telah diiktiraf sebagai seorang Pengakap Kelana dan telah dilatih supaya taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, serta berkhidmat kepada masyarakat. Jadikan diri kamu ahli dalam persaudaraan Pengakap yang luas dan dihormati, mudah-mudahan Tuhan akan bersama kamu dalam menjalani hidup dengan selamat dan memperolehi kebahagiaan.

Istiadat Pagi

Menara Kawalan..


Pemeriksaan Pagi

Hari Bahagia.. :)


Perasmian Malam Pengakap

Pentarafan Kelana.

0 comments: