video of the month

Wednesday, October 29, 2008

Perlantikan MT baru..

Tahniah Kepada saudara Tan Wei Hao ; IS079635 serta Jason Pang ; CE 081130 kerana dilantik menjadi Naib Presiden II dan Exco Perhubungan masing-masing pada 22/10/2008.. Dan kepada saudara Jason, welcome to the family..Diharapkan semua MT akan memikul tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi..

Trimas byk2~

~PRES 9W2EKN

Monday, October 20, 2008

Jambori Antarabangsa Johor ke-24

Notice: Jambori Antarabangsa Johor ke-24

Date: 13-20 November 2008
Venue : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

KLKM akan menghantar sebanyak 9 orang wakil iaitu:

1. Muhammad Najib Bin Hussin
2. Eric Ong Choon Tat
3. Nur Fadilah Binti Hassan
4. Kavivarman A/L Chandrasegaran
5. Looi Kam Hoe
6. Lim Mei Ling
7. Ugesvarar A/L Solomom Devasagayam
8. Shah Aizat Bin Razali
9. Yusra Adilah Binti Hamzah

Wakil yang dihantar akan bertugas sebagas urus setia perkhemahan selama 7 hari.
Harap-harap mereka dapat berkongsi pengalaman mereka and menaikkan nama KLKM UNITEN. TQ~

Jemputan untuk program rakan muda wawasan desa IPT 2008

Notice : Program Jemputan Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2008

Date : 9-12 November 2008
Venue : Kampung Salong, Pekan Pahang

Basically, this program is about "Home-stay" where we will assigned to a random family in the village itself, for 4 days 3 night we will be spending time together with them, and this program is sponsored and organized by Secretariat Rakan Muda (SRM) under Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ..
Many interesting activity will be conducted such as gotong royong, tour to tasik chini, BBQ, and cultural night..
This is the oportunity for us to gain experience as it will enhance our leadership skills and sosialising skill..
GET FREE CERTIFICATE AND ALSO T-SHIRT FROM KBS..

Fee: FREE
Dateline : 24 October 2008

interested? please contact :
Haseena Balqis Binti Amanullah
Vice President SRM
0173141495

or

Eric Ong
President KLKM,
016-6992365

Thursday, October 9, 2008

Ikatan & Simpulan


IKATAN BUKU SILA
Kegunaannya :
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula




IKATAN BUNGA KETI
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal






IKATAN BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya :
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat






IKATAN LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya :
Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau Ke pacang kerana cara begini mudah di buka dan tidak mudah tanggal ikatannya





IKATAN SIMPUL MANUK (Clove Hitch)
Kegunaannya :

Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.





SIMPULAN PENGAIL (Fisherman’s Knot)
Kegunaannya :
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin



IKATAN SIMPUL PULIH
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh



IKATAN LILIT BALAK
Kegunaannya:

Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak





Lencana Rimba


Lencana Rimba adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan program latihan Scoutmaster yang diberikan oleh National Scout Association berkenaan. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kasut. Penerima Lencana Rimba dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.

Manik tambahan diberikan kepada "wood badgers" yang bertugas sebagai sebahagian daripada lembaga pasukan pelatih "wood badge". Satu manik tambahan diberikan kepada Assistant Leader Trainers dan dua manik tambahandiberikan kepada Leader Trainers untuk menjadikan jumlah keseluruhannya empat.

Sebagai sebahagian tradisi yang tidak lagi diadakan, jika bukan kesemuanya, jumlah keseluruhan lima manik dipakai oleh mereka yang bertanggung jawab bagi melatih "Wood Badge" bagi pihak Pertubuhan Nasional Pengakap. Ini melambangkan pangkatnya sebagai wakil rasmi Gilwell dalam negaranya dan sebagai Timbalan Ketua Kem Gilwell.

Robert Baden-Powell sendiri mengenakan sejumlah enam manik yang dia serahkan kepada Sir Percy Everett ketika itu Timbalan Ketua Pengakap. Percy kemudiannya menyerahkan enam manik tersebut kepada Gilwell untuk dipakai oleh Ketua Kem Gilwell Camp Chief sebagai lencana pejabat.Tradisi ini masih kekal sehingga hari ini.

...............................................................................................

Sejarah

Latihan pada mulanya dijalankan oleh Robert Baden-Powell, pengasas Pengakap pada 8 September, 1919 di Gilwell. Pada penamat latihan dia menyerahkan setiappeserta satu manik kayu dari kalung yang dia terima dari Dinizulu, ketua Zulu. Bekalan asal manik telah lama habis dan hanya salinan diberikan pada masa kini