video of the month

Sunday, February 22, 2009

Latihan Mingguan KLKM 08/09 part 2

Haa...Skali lagi latihan mingguan akan diadakan..maklumatnya seperti berikut..

Tarikh : 28/2/09
Masa : 8.00am
Tempat : Pusat Pembangunan Pelajar (DNIM)

Datanglah ramai2 yaw~!
Bawaklah seramai member yang mungkin..
aktiviti yang menarik menanti andaa~~

Tuesday, February 17, 2009

Hari Membasuh Ape Yang Patut~ KLKM Quatermaster Cleaning day~

Pada hari sabtu 14/2/2009, KLKM UNITEN telah megadakan hari QM bersama ahli keluarga KLKM..ternyata ramai yang mengambil serius tentang kebersihan khemah dan peralatan QM..
Aktiviti itu dikendalikan oleh QM kita, saudara Saufi bersama-sama saudara Saiful dan Kam Hoe..

Mantan QM kembali beraksi~~hehehe..

Makanan disediakan oleh Abg Ipa' dan Safuan manakala acara
makan-makan diketuai oleh saudara Along..huhu..

QM terkini, Saufi(kiri) dan Bad beraksi


Crew tukang bersih KLKM diketuai Saiful

Aikk?? Crew ape nih?

Latihan Mingguan KLKM 08/09

Latihan Mingguan telah bermula~

Program ini bertujuan melatih kepimpinan dan segala ilmu pengakap kepada ahli klkm uniten.
Walau bagaimanapun, program ini mengalu-alukan kehadiran pelajar bukan ahli untuk turut serta untuk mempelajari perkara baru dalam kehidupan.

Makanan disediakan..

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, sila dapatkan maklumat selanjutnya daripada saudara Saiful 017-4823242 atau Kam Hoe 014-3025161.


~Minggu Pertama Kawat Kaki~
~9W2EKN

Monday, February 16, 2009

Kem Vigil










Perkhemahan Pentarafan Kelana 1 sesi 2008/2009

Tahniah dan syabas kepada petugas dan pengarah program, saudara Saiful kerana berjaya menjayakan program Pentarafan Kelana pada 30/1/09. Sebagai presiden, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas yang hadir dan berada di tapak perkhemahan dari awal hingga ke akhir perkhemahan untuk melaksanakan segala persiapan. Tanpa anda, siapalah saya.

Untuk pengetahuan para pembaca, perkhemahan ini telah dijalankan pada hari Jumaat bersamaan 30/1/2009 sehingga hari ahad 1/2/09 di Gohtong Jaya, Genting Highlands. Seramai 9 orang peserta telah menerima pentarafan kelana setelah berjaya melaksanakan ujian dan tugasan yang mencabar.Mereka yang berjaya divigilkan adalah Zul fauzi, Yati, Tun, Zaakir, Nabeel, Zul Hafiy , Roy, Ayie, dan Bad. Now you are one of us, we are one family. Diharap anda semua bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan, bersama-sama kami. Tahniah.

Pesanan untuk ahli keluarga baru KLKM UNITEN,

Dengan ini kamu telah diiktiraf sebagai seorang Pengakap Kelana dan telah dilatih supaya taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, serta berkhidmat kepada masyarakat. Jadikan diri kamu ahli dalam persaudaraan Pengakap yang luas dan dihormati, mudah-mudahan Tuhan akan bersama kamu dalam menjalani hidup dengan selamat dan memperolehi kebahagiaan.

Istiadat Pagi

Menara Kawalan..


Pemeriksaan Pagi

Hari Bahagia.. :)


Perasmian Malam Pengakap

Pentarafan Kelana.