video of the month

Saturday, October 10, 2009

adventure show ASIA 2009

A not to miss event taking place in Mid Valley from 9th to 11th October 2009 for those who are hardcore in outdoor sports which i found very useful for us, KLKM UNITEN.. We'll be going to check out the event to find new contacts and cabels.. HOHO..

http://www.adventureshowasia.com/01home.html

For the rest of MTs who are planning to go, get your business cards ready to be given away..


Tuesday, October 6, 2009

KHIDMAT PENGAKAP : DEKO-DEKO HARI RAYA

Dari 14 Sept 2009 - 16 Sept 2009, sempena Hari Raya menjelang, KLKM Uniten telah melaksanakan satu program iaitu PROGRAM KHIDMAT PENGAKAP dimana kami telah membantu jabatan tertentu untuk menghiasnya dengan dekorasi hari raya..

Jabatan yang bernasib baik tahun ini yang telah dipilih oleh pihak penganjur ialah JABATAN HAL EHWAL PELAJAR. Beberapa cabaran telah dihadapi oleh pihak penganjur semasa program dijalankan seperti masalah yang ditimbulkan tiba-tiba oelh HEP, kurang mahir menyanyam ketupat, persiapan yang kurang daripada pihak HEP, dan permintaan tinggi daripada HEP. Tetapi atas kerjasama dan kegigihan yang ditunjukkan oleh ahli KLKM yang membantu, program tersebut mencapai matlamatnya.

Wohoo... First time KLKM Uniten dapat duit raya!!! SELAMAT HARI RAYA kepada semua.. Maaf zahir batin..




Suasana HEP sebelum Team KLKM mula..



Dekorasi berbentuk ketupat yang dihasilkan oleh Kilang Membuat Ketupat KLKM..



Sibuk menganyam ketupat..



abang Saiful busy at work..


Bro Eric tipu punya.. Cuma posing tengah buat ketupat je.. (Opps terkantoi)



Dan, hasilnya...


Ada suasana Hari Raya...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PESURUHJAYA DAERAH DAN PENASIHAT KEL



Aidilfitri hari kemaafan;
Menghapus kesalahan sesama insan;
Memupuk perpaduan sesama insan;
Mengikat tali keakraban.




Pada malam 9/11/2009, keluarga KLKM UNITEN telah berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa di rumah penasihat kelab kita. Pesuruhjaya daerah Uniten iaitu En. Muhamad Ibrahim bin Mahmod dan penasihat kelab KLKM iaitu En. Mohd Ariff bin Ahmad Tarmizi telah berbuka bersama ahli-ahli kelab KLKM bagi mengeratkan hubungan silatulrahim sesama sendiri. Ahli-ahli lama turut serta dalam majlis tersebut dan memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.. Beberapa jenis juadah yang sedap telah disediakan pada malam itu untuk memenuhi citarasa semua yang hadir dan memenuhi perut yang kosong setelah sehari berpuasa. Enjoy syok syok!!!



En. Ibrahim bersama anak puterinya.. So sweet........



Sembang-sembang bersama-sama..


Pak Ariff's solo picture.. Nampak muda lagi orr...


Thanks a lot to Kak Yati atas makanan yang sedap sedap.. terutamanya nasi lemak itu..

Sunday, October 4, 2009

Piala Kaca Dan Sijil Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik (Kategori Sukan & Rekreasi )

Sijil Anugerah


Piala Kaca Anugerah (1)


Piala Kaca Anugerah (2)


Taniah diucapkan kepada KLKM UNITEN atas kejayaan manis yang amat membanggakan. Dengan ini, kelab KLKM UNITEN telah mendapat pengiktirafan di mata panel hakim anugerah yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman, adil, dan saksama. Jutaan terima kasih diberikan kepada semua pihak yang telah berusaha untuk mendapatkan anugerah tersebut.

"KLKM UNITEN KEEPS ON FLYING"

Sekian, salam pengakap......

Sunday, September 27, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Aktiviti Pelajar 2007-09










Majilis Anugerah Kecermerlangan Aktiviti Pelajar 2007-2009 telah berlansung dengan sempurnanya pada 17 September 2009 bertempat di Admin Teater Universiti Tenaga Nasional. Majilis rasmi ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Ir Dr Mashkuri Yaakob, Naib Chansellor Uniten.
Ucapan Syabas dan Tahniah seharusnya diberikan kepada KLKM Uniten dibawah kepimpinan saudara Eric Ong Choon Tat, mantan presiden yang kita sayangi dan sanjungi kerana atas intiatif beliau untuk menghantar borang pencalonan kepada urusetia pemilihan yang diketuai oleh Dr Siti Salbiah. KLKM Uniten sungguh bangga di Majilis Anugerah kecermerlangan Aktivii Pelajar 2007-2009 di atas kemenangan dalam semua katagori yang dicalonkan. Pertanda sudah nyata bahawa KLKM Uniten sudah diiktiraf oleh pihak Universiti.
Sesungguhnya seluruh warga KLKM Uniten yang terdiri daripada ahli-ahli mahupun Alumni haruslah bangga dan bersyukur di atas kejayaan yang julung kalinya KLKM Uniten perolehi kerana pihak moderater yakin dengan kejayaan ini KLKM Uniten yang kini dibawah pimpinan Presiden saudara Looi Kum Hoe dan exco-exco beliau akan membawa dan memastikan KLKM Uniten akan sentiasa berada dalam landasan yang baik dan meneruskan agenda kita iaitu membawa seluruh warga KLKM Uniten ke mercu kejayaan.
Akhir kata, Selamat Maju Jaya KLKM Uniten
'One for all, All for One'
Tahniah!!!
Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik : Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
kategori Sukan & Rekreasi Universiti Tenaga Nasional
Anugerah Penasihat Terbaik : Muhammad Ibrahim bin Mahmud
kategori Sukan & Rekreasi Pesuruhjaya Daerah KLKM Uniten
Anugerah Individu Terbaik : Tan Wei Hao
kategori Sukan & Rekreasi Alumni KLKM Uniten

Saturday, September 19, 2009

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"



Dari meja moderator ( Pres 07/08, Ex-officio 08/09 ):

Salam Pengakap dan Salam Aidilfitri.

Selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada semua golongan ahli keluarga KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL. Semoga semua dapat menjaga nama baik 'family klkm' dan meningkatkan lagi reputasi klkm dipersada yang sepatutnya. Kalau sebelum ini Indonesia sudah pon berjaya kita tawan dengan semangat 1Malaysia, diharap akan dijadikan semangat untuk kita terus menawan negara lain pula selepas ini.

'Family' bermaksud kita adalah sama tanpa mengira bangsa atau agama, jawatan mahupun ilmu pengakap yang kita ada, jangan kita bongkak dengan ilmu dan jawatan yg kita miliki, apa yang penting adalah hubungan sesama kita sebagai satu keluarga besar di Uniten. Tanggungjawab yang diberikan adalah rezeki dan amanah masing-masing dari tuhan. Gunakannya untuk kepentingan semua, bukan kepentingan peribadi.

Tahniah saya ucapkan kepada KLKM yang akhirnya berjaya memenangai beberapa anugerah. Kita menang bukan disebabkan kita sibuk untuk menjadi yang terbaik di Uniten seperti sesetengah kelab, tapi kita menang sebab semangat kekeluargaan dan sayangkan tanggungjawab dan amanah untuk memimpin tanpa kepentingan peribadi. Syabas KLKM.

"1 Malaysia, 1 Keluarga, 1 KLKM"

Thursday, September 3, 2009

ECO RACE II