video of the month

Saturday, October 10, 2009

adventure show ASIA 2009

A not to miss event taking place in Mid Valley from 9th to 11th October 2009 for those who are hardcore in outdoor sports which i found very useful for us, KLKM UNITEN.. We'll be going to check out the event to find new contacts and cabels.. HOHO..

http://www.adventureshowasia.com/01home.html

For the rest of MTs who are planning to go, get your business cards ready to be given away..


Tuesday, October 6, 2009

KHIDMAT PENGAKAP : DEKO-DEKO HARI RAYA

Dari 14 Sept 2009 - 16 Sept 2009, sempena Hari Raya menjelang, KLKM Uniten telah melaksanakan satu program iaitu PROGRAM KHIDMAT PENGAKAP dimana kami telah membantu jabatan tertentu untuk menghiasnya dengan dekorasi hari raya..

Jabatan yang bernasib baik tahun ini yang telah dipilih oleh pihak penganjur ialah JABATAN HAL EHWAL PELAJAR. Beberapa cabaran telah dihadapi oleh pihak penganjur semasa program dijalankan seperti masalah yang ditimbulkan tiba-tiba oelh HEP, kurang mahir menyanyam ketupat, persiapan yang kurang daripada pihak HEP, dan permintaan tinggi daripada HEP. Tetapi atas kerjasama dan kegigihan yang ditunjukkan oleh ahli KLKM yang membantu, program tersebut mencapai matlamatnya.

Wohoo... First time KLKM Uniten dapat duit raya!!! SELAMAT HARI RAYA kepada semua.. Maaf zahir batin..




Suasana HEP sebelum Team KLKM mula..



Dekorasi berbentuk ketupat yang dihasilkan oleh Kilang Membuat Ketupat KLKM..



Sibuk menganyam ketupat..



abang Saiful busy at work..


Bro Eric tipu punya.. Cuma posing tengah buat ketupat je.. (Opps terkantoi)



Dan, hasilnya...


Ada suasana Hari Raya...

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PESURUHJAYA DAERAH DAN PENASIHAT KEL



Aidilfitri hari kemaafan;
Menghapus kesalahan sesama insan;
Memupuk perpaduan sesama insan;
Mengikat tali keakraban.




Pada malam 9/11/2009, keluarga KLKM UNITEN telah berkumpul bersama-sama untuk berbuka puasa di rumah penasihat kelab kita. Pesuruhjaya daerah Uniten iaitu En. Muhamad Ibrahim bin Mahmod dan penasihat kelab KLKM iaitu En. Mohd Ariff bin Ahmad Tarmizi telah berbuka bersama ahli-ahli kelab KLKM bagi mengeratkan hubungan silatulrahim sesama sendiri. Ahli-ahli lama turut serta dalam majlis tersebut dan memeriahkan lagi suasana majlis tersebut.. Beberapa jenis juadah yang sedap telah disediakan pada malam itu untuk memenuhi citarasa semua yang hadir dan memenuhi perut yang kosong setelah sehari berpuasa. Enjoy syok syok!!!



En. Ibrahim bersama anak puterinya.. So sweet........



Sembang-sembang bersama-sama..


Pak Ariff's solo picture.. Nampak muda lagi orr...


Thanks a lot to Kak Yati atas makanan yang sedap sedap.. terutamanya nasi lemak itu..

Sunday, October 4, 2009

Piala Kaca Dan Sijil Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik (Kategori Sukan & Rekreasi )

Sijil Anugerah


Piala Kaca Anugerah (1)


Piala Kaca Anugerah (2)


Taniah diucapkan kepada KLKM UNITEN atas kejayaan manis yang amat membanggakan. Dengan ini, kelab KLKM UNITEN telah mendapat pengiktirafan di mata panel hakim anugerah yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman, adil, dan saksama. Jutaan terima kasih diberikan kepada semua pihak yang telah berusaha untuk mendapatkan anugerah tersebut.

"KLKM UNITEN KEEPS ON FLYING"

Sekian, salam pengakap......

Sunday, September 27, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Aktiviti Pelajar 2007-09










Majilis Anugerah Kecermerlangan Aktiviti Pelajar 2007-2009 telah berlansung dengan sempurnanya pada 17 September 2009 bertempat di Admin Teater Universiti Tenaga Nasional. Majilis rasmi ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Ir Dr Mashkuri Yaakob, Naib Chansellor Uniten.
Ucapan Syabas dan Tahniah seharusnya diberikan kepada KLKM Uniten dibawah kepimpinan saudara Eric Ong Choon Tat, mantan presiden yang kita sayangi dan sanjungi kerana atas intiatif beliau untuk menghantar borang pencalonan kepada urusetia pemilihan yang diketuai oleh Dr Siti Salbiah. KLKM Uniten sungguh bangga di Majilis Anugerah kecermerlangan Aktivii Pelajar 2007-2009 di atas kemenangan dalam semua katagori yang dicalonkan. Pertanda sudah nyata bahawa KLKM Uniten sudah diiktiraf oleh pihak Universiti.
Sesungguhnya seluruh warga KLKM Uniten yang terdiri daripada ahli-ahli mahupun Alumni haruslah bangga dan bersyukur di atas kejayaan yang julung kalinya KLKM Uniten perolehi kerana pihak moderater yakin dengan kejayaan ini KLKM Uniten yang kini dibawah pimpinan Presiden saudara Looi Kum Hoe dan exco-exco beliau akan membawa dan memastikan KLKM Uniten akan sentiasa berada dalam landasan yang baik dan meneruskan agenda kita iaitu membawa seluruh warga KLKM Uniten ke mercu kejayaan.
Akhir kata, Selamat Maju Jaya KLKM Uniten
'One for all, All for One'
Tahniah!!!
Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik : Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
kategori Sukan & Rekreasi Universiti Tenaga Nasional
Anugerah Penasihat Terbaik : Muhammad Ibrahim bin Mahmud
kategori Sukan & Rekreasi Pesuruhjaya Daerah KLKM Uniten
Anugerah Individu Terbaik : Tan Wei Hao
kategori Sukan & Rekreasi Alumni KLKM Uniten

Saturday, September 19, 2009

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"



Dari meja moderator ( Pres 07/08, Ex-officio 08/09 ):

Salam Pengakap dan Salam Aidilfitri.

Selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada semua golongan ahli keluarga KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL. Semoga semua dapat menjaga nama baik 'family klkm' dan meningkatkan lagi reputasi klkm dipersada yang sepatutnya. Kalau sebelum ini Indonesia sudah pon berjaya kita tawan dengan semangat 1Malaysia, diharap akan dijadikan semangat untuk kita terus menawan negara lain pula selepas ini.

'Family' bermaksud kita adalah sama tanpa mengira bangsa atau agama, jawatan mahupun ilmu pengakap yang kita ada, jangan kita bongkak dengan ilmu dan jawatan yg kita miliki, apa yang penting adalah hubungan sesama kita sebagai satu keluarga besar di Uniten. Tanggungjawab yang diberikan adalah rezeki dan amanah masing-masing dari tuhan. Gunakannya untuk kepentingan semua, bukan kepentingan peribadi.

Tahniah saya ucapkan kepada KLKM yang akhirnya berjaya memenangai beberapa anugerah. Kita menang bukan disebabkan kita sibuk untuk menjadi yang terbaik di Uniten seperti sesetengah kelab, tapi kita menang sebab semangat kekeluargaan dan sayangkan tanggungjawab dan amanah untuk memimpin tanpa kepentingan peribadi. Syabas KLKM.

"1 Malaysia, 1 Keluarga, 1 KLKM"

Thursday, September 3, 2009

ECO RACE II

Sunday, August 2, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan KLKM UNITEN (AGM)

Mesyuarat Agung Tahunan KLKM UNITEN

Tempat : Dewan Kuliah 1, COIT
Tarikh : 5/8/09, Rabu
Masa : 8 Malam

Pakaian full uniform dan kepada yang tidak membawa uniform, sila pakai smart casual..
Transport dan makanan provided~!

datang, jgn x dtg~!

Monday, July 20, 2009

Mini Bazaar~

Hi sahabat-sahabatku,
besok dan lusa, (21/7-22/7)
akan ada bazaar untuk pendaftaran ahli baru di Upten dari pukul 8pm-11pm..
jom meriahkan booth ramai2, pakai uniform sume and naikkan ame scouts~ :P
sekian~!

Sunday, July 12, 2009

Eco-Race

Wednesday, May 20, 2009

Perhimpunan Sambutan 100 tahun Kepengakapan

Haaa...sorry eh lambat post..hehe..
24 April 2009 sambutan 100 tahun kepengakapan, KLKM UNITEN telah menghantar 5 ahli iaitu Along, Kam Hoe, Eric, Kavi dan Mei Ling..
Rugi sape yang tidak dapat hadir kerana majlis ini dihadiri orang-orang ternama dan kami dapat bersuai kenal dengan KLKM dari IPT lain..dapat masuk tv jugak..hehe..

Saturday, May 2, 2009

Taklimat Radio Amatur..anyone interested?

To everyone,

Salam and good day,

Please find attached the invitation for attending SKMM Pejabat Wilayah Tengah RAE Seminar to be held at UiTM Shah Alam

14 May 2009

2.00 – 5pm

Venue: specified in the attached programme.

RSVP via phone as specified by 7 May 2009 (limited seats on first come first serve)

Come and show your support for this inaugural event by Wilayah Tengah as the seats should be for those wanting to take the coming RAE exam and interested to know more about Radio Amateur.

Thanks.

Razif de 9M2RT

Saturday, April 18, 2009

Update..Perhimpunan gergasi~!!


sila contact saudara nabil jika berminat..
Nabil - 0192639502

Info~ :
~ Kumpul di atm IKAL pada jam 0800 pada 25 april 2009 beruniform lengkap...
~ sediakan RM 10 untuk sijil
~ makan ditanggung sendiri
~ maklumkan saudara nabil secepat mungkin ya~!!

Sunday, April 5, 2009

NOTICE!! sile join and gegarkan Stadium Negara!! Sijil 100 tahun pengakap tu..

salam hormat dan salam pengakap,

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Nama acara: Perhimpunan Raksasa Sempena Sambutan 100 Tahun Kepengakapan Di Malaysia

Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
Tempat: Stadium Negara, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Masa: 9.00 pagi
Anggaran Peserta: 6000 orang (ahli PKK, PM, PR, PK, Pemimpin dan
Pesuruhjaya2)

Tetamu Kehormat: YAB Tun Hj Abdullah Ahmad Badawi

Persembahan:
- persembahan Multimedia
- Persembahan Tarian Tradisional dan Formasi Kompang
- Tarian Cak Lem Pong
- Istiadat Penyampaian Pingat Peringatan 100 tahun*

*Sila calonkan calon pilihan tuan/puan dan diharap dapat menghantar emel senarai pencalonan dan CV kepada pihak sekretariat KLKM (emel ini) sebelum 13 April 2009. Negeri KLKM hanya diberi kuota 10 orang untuk menerima pingat ini. Hanya pemimpin pengakap dan keatas sahaja yang boleh dicalonkan.

Ganjaran Kenangan:
- Sijil Penyertaan Sambutan Perhimpunan Raksasa 100 tahun Kepengakapan
Malaysia

- Sijil akan dijual kepada hadirin yang hadir dengan harga RM10.00 bersama -
sama beg
plastik bergambar, lencana 100 tahun, pelekat 100 tahun, kipas
100 tahun dan lain2.

- Sijil yang dibeli akan terus dicetak nama pembeli dan dibawa ke kaunter lain
untuk
di'seal' dan beg plastik akan diberikan bersama cenderamata ringan.

Pameran:
- Pameran Pengakap akan diadakan dan dibuka kepada orang ramai bermula
pada 23
hingga 25 April 2009 diruang legar Stadium Negara.
- Bagi pihak2 yang ingin membuat pameran, sila beritahu pihak ibu pejabat dan
dapat
meletakkan pegawai untuk menjaga barang2 pameran tersebut.

Jamuan:
- Minum pagi disediakan kepada semua hadirin dari jam 7.00 pagi sehingga
8.30 pagi,
iaitu sebelum masuk ke dewan - dibelakang Stadium Negara
(tempat letak kereta
belakang).
- Makan Tengahari akan disediakan kepada semua hadirin di tempat yang
sama.

- Untuk tetamu jemputan akan disediakan ditempat yang sesuai (dalam bil.
100 hingga
150 orang) mengikut kad jemputan.
- Untuk urusan kad jemputan, sila hubungi pihak sekretariat KLKM untuk
tempahan kad
tersebut.

Diharap pihak IPT tuan/puan dapat menghantar seramai yang mungkin bagi menghadiri Perhimpunan Raksasa ini demi persaudaraan dan kesejahteraan Pengakap Malaysia.


Saturday, March 21, 2009

Gud Luck for FINAL XM!!

Click Here

Sunday, February 22, 2009

Latihan Mingguan KLKM 08/09 part 2

Haa...Skali lagi latihan mingguan akan diadakan..maklumatnya seperti berikut..

Tarikh : 28/2/09
Masa : 8.00am
Tempat : Pusat Pembangunan Pelajar (DNIM)

Datanglah ramai2 yaw~!
Bawaklah seramai member yang mungkin..
aktiviti yang menarik menanti andaa~~

Tuesday, February 17, 2009

Hari Membasuh Ape Yang Patut~ KLKM Quatermaster Cleaning day~

Pada hari sabtu 14/2/2009, KLKM UNITEN telah megadakan hari QM bersama ahli keluarga KLKM..ternyata ramai yang mengambil serius tentang kebersihan khemah dan peralatan QM..
Aktiviti itu dikendalikan oleh QM kita, saudara Saufi bersama-sama saudara Saiful dan Kam Hoe..

Mantan QM kembali beraksi~~hehehe..

Makanan disediakan oleh Abg Ipa' dan Safuan manakala acara
makan-makan diketuai oleh saudara Along..huhu..

QM terkini, Saufi(kiri) dan Bad beraksi


Crew tukang bersih KLKM diketuai Saiful

Aikk?? Crew ape nih?

Latihan Mingguan KLKM 08/09

Latihan Mingguan telah bermula~

Program ini bertujuan melatih kepimpinan dan segala ilmu pengakap kepada ahli klkm uniten.
Walau bagaimanapun, program ini mengalu-alukan kehadiran pelajar bukan ahli untuk turut serta untuk mempelajari perkara baru dalam kehidupan.

Makanan disediakan..

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini, sila dapatkan maklumat selanjutnya daripada saudara Saiful 017-4823242 atau Kam Hoe 014-3025161.


~Minggu Pertama Kawat Kaki~
~9W2EKN

Monday, February 16, 2009

Kem Vigil










Perkhemahan Pentarafan Kelana 1 sesi 2008/2009

Tahniah dan syabas kepada petugas dan pengarah program, saudara Saiful kerana berjaya menjayakan program Pentarafan Kelana pada 30/1/09. Sebagai presiden, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas yang hadir dan berada di tapak perkhemahan dari awal hingga ke akhir perkhemahan untuk melaksanakan segala persiapan. Tanpa anda, siapalah saya.

Untuk pengetahuan para pembaca, perkhemahan ini telah dijalankan pada hari Jumaat bersamaan 30/1/2009 sehingga hari ahad 1/2/09 di Gohtong Jaya, Genting Highlands. Seramai 9 orang peserta telah menerima pentarafan kelana setelah berjaya melaksanakan ujian dan tugasan yang mencabar.Mereka yang berjaya divigilkan adalah Zul fauzi, Yati, Tun, Zaakir, Nabeel, Zul Hafiy , Roy, Ayie, dan Bad. Now you are one of us, we are one family. Diharap anda semua bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan, bersama-sama kami. Tahniah.

Pesanan untuk ahli keluarga baru KLKM UNITEN,

Dengan ini kamu telah diiktiraf sebagai seorang Pengakap Kelana dan telah dilatih supaya taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, serta berkhidmat kepada masyarakat. Jadikan diri kamu ahli dalam persaudaraan Pengakap yang luas dan dihormati, mudah-mudahan Tuhan akan bersama kamu dalam menjalani hidup dengan selamat dan memperolehi kebahagiaan.

Istiadat Pagi

Menara Kawalan..


Pemeriksaan Pagi

Hari Bahagia.. :)


Perasmian Malam Pengakap

Pentarafan Kelana.