video of the month

Sunday, September 27, 2009

Majlis Anugerah Kecemerlangan Aktiviti Pelajar 2007-09










Majilis Anugerah Kecermerlangan Aktiviti Pelajar 2007-2009 telah berlansung dengan sempurnanya pada 17 September 2009 bertempat di Admin Teater Universiti Tenaga Nasional. Majilis rasmi ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Ir Dr Mashkuri Yaakob, Naib Chansellor Uniten.
Ucapan Syabas dan Tahniah seharusnya diberikan kepada KLKM Uniten dibawah kepimpinan saudara Eric Ong Choon Tat, mantan presiden yang kita sayangi dan sanjungi kerana atas intiatif beliau untuk menghantar borang pencalonan kepada urusetia pemilihan yang diketuai oleh Dr Siti Salbiah. KLKM Uniten sungguh bangga di Majilis Anugerah kecermerlangan Aktivii Pelajar 2007-2009 di atas kemenangan dalam semua katagori yang dicalonkan. Pertanda sudah nyata bahawa KLKM Uniten sudah diiktiraf oleh pihak Universiti.
Sesungguhnya seluruh warga KLKM Uniten yang terdiri daripada ahli-ahli mahupun Alumni haruslah bangga dan bersyukur di atas kejayaan yang julung kalinya KLKM Uniten perolehi kerana pihak moderater yakin dengan kejayaan ini KLKM Uniten yang kini dibawah pimpinan Presiden saudara Looi Kum Hoe dan exco-exco beliau akan membawa dan memastikan KLKM Uniten akan sentiasa berada dalam landasan yang baik dan meneruskan agenda kita iaitu membawa seluruh warga KLKM Uniten ke mercu kejayaan.
Akhir kata, Selamat Maju Jaya KLKM Uniten
'One for all, All for One'
Tahniah!!!
Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik : Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
kategori Sukan & Rekreasi Universiti Tenaga Nasional
Anugerah Penasihat Terbaik : Muhammad Ibrahim bin Mahmud
kategori Sukan & Rekreasi Pesuruhjaya Daerah KLKM Uniten
Anugerah Individu Terbaik : Tan Wei Hao
kategori Sukan & Rekreasi Alumni KLKM Uniten

0 comments: