video of the month

Saturday, September 19, 2009

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"



Dari meja moderator ( Pres 07/08, Ex-officio 08/09 ):

Salam Pengakap dan Salam Aidilfitri.

Selamat menyambut hari raya dan maaf zahir batin saya ucapkan kepada semua golongan ahli keluarga KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL. Semoga semua dapat menjaga nama baik 'family klkm' dan meningkatkan lagi reputasi klkm dipersada yang sepatutnya. Kalau sebelum ini Indonesia sudah pon berjaya kita tawan dengan semangat 1Malaysia, diharap akan dijadikan semangat untuk kita terus menawan negara lain pula selepas ini.

'Family' bermaksud kita adalah sama tanpa mengira bangsa atau agama, jawatan mahupun ilmu pengakap yang kita ada, jangan kita bongkak dengan ilmu dan jawatan yg kita miliki, apa yang penting adalah hubungan sesama kita sebagai satu keluarga besar di Uniten. Tanggungjawab yang diberikan adalah rezeki dan amanah masing-masing dari tuhan. Gunakannya untuk kepentingan semua, bukan kepentingan peribadi.

Tahniah saya ucapkan kepada KLKM yang akhirnya berjaya memenangai beberapa anugerah. Kita menang bukan disebabkan kita sibuk untuk menjadi yang terbaik di Uniten seperti sesetengah kelab, tapi kita menang sebab semangat kekeluargaan dan sayangkan tanggungjawab dan amanah untuk memimpin tanpa kepentingan peribadi. Syabas KLKM.

"1 Malaysia, 1 Keluarga, 1 KLKM"

0 comments: