video of the month

Thursday, December 25, 2008

(Latest News) Brotherhood Bowling KLKM



PLACE : SOUTH CITY BOWLING CENTRE

DATE : 2 JANUARY 2009

TIME : 8.00 PM

MEMBERS : 5 PLAYER / TEAM

GAME : 3 GAME CHALLENGE

FEES : RM25 / TEAM

PRIZE : WINNER TEAM -PLATE

kepada ahli-ahli KLKM Uniten, anda dijemput untuk memeriahkan acara ini demi mengukuhkan keakraban dan penyatuan KLKM Uniten. Dalam KLKM Uniten, kita semua adalah satu 'family' dan bersaudara tanpa ada taraf sebagai ahli, peserta atau pemimpin. lepas main, kita pergi makan beramai-ramai. semua dijemput hadir demi masa depan KLKM Uniten.

For further information, plz contact:
ex-officio - azmil
timb pres2 - joni


'ALL FOR ONE, ONE FOR ALL'

Wednesday, December 24, 2008

Happy 4th Anniversary K.L.K.M. Uniten


(24 DISEMBER 2004 - 24 DISEMBER 2008)

4 tahun, 5 zaman, 5 pemerintahan

Snow Fox Rovers

Pengakap Kelana



Selamat ulang tahun ke-4 Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Universiti Tenaga Nasional. Ditubuh sejak zaman Majlis Tertinggi Penaja hingga ke zaman generasi terkini. Diharap K.L.K.M. Uniten akan terus maju walaupun dibawah pemerintahan yang berlainan. Cara tidak penting, yang penting perasaan jujur dan sayang kepada kelab.


K.L.KM. Uniten hanyalah sebuah kelab dan satu nama yang tersirat, yang penting pegangan, prinsip dan undang-undang yang diamalkan serta disemat didalam hati setiap ahli pengakap kelana Uniten. Dalam K.L.K.M Uniten tidak ada perasaan perbezaan taraf peserta, ahli mahupun pemimpin, yang ada hanyalah 'Berkhidmat' kepada agama, bangsa dan negara tercinta.




'ALL FOR ONE, ONE FOR ALL'

Sunday, December 21, 2008

SETIAUSAHA KERJA SAKIT

Tempat: WAD AN-NUR,PUSRAWI,KL

senyuman manis joni mampu mengubat sakit fadhilah

s/u kerja diberi cuti selama 2 minggu oleh klkm

kerja sampingan along;menolong nurse pusrawi


setiausaha kerja klkm, nur fadhilah hassan terlantar sakit di PUSRAWI, kuala lumpur kerana melakukan pembedahan bagi membetulkan semula bahu tangan yang tercedera. diharap rakan-rakan klkm uniten dapat meluangkan masa melawat rakan kita masih lagi di wad an-nur, pusrawi. sokongan anda mampu mempercepatkan kembali kesihatannya (kerana banyak lagi kerja s/u kerja yg perlu dilaksanakan,hehehe). tq kepada yusra kerana menjadi pemandu pelancong untuk ke pusrawi (jasa keratamu amat besar,hehehe)
semoga cepat sembuh sediakala,sama-sama kita mendoakan kesihatannya.




ALL FOR ONE, ONE FOR ALL

SESI MINI BAZAAR 2008

KLKM UNITEN: ALL FOR ONE, ONE FOR ALL





EX-OFFICIO: terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi mini bazaar klkm untuk tahun. kepada senior dan mantan-mantan klkm diharap akan terus memberi sokongan kepada generasi kita yang baru. walaupun anda tidak lagi sebagai majlis tertinggi, tetapi kita semua tetap sebagai satu keluarga. biar generasi baru meneruskan tradisi kita dan segala kekurangan itu datang dari diri kita semua. tidak ada manusia yang sempurna dan masing-masing memerlukan antara satu sama lain. kita semua pernah merasa menjadi 'junior' dan pernah merasa menjadi 'senior', dan begitulah untuk generasi kali. harap anda akan membantu kekurangan yang ada pada 'junior' seperti mana 'senior' pernah membantu anda ketika anda masih lagi 'junior'.

tidak akan ada yang baru kalau tidak ada yang lama, dan begitulah sebaliknya. harapan saya, kita sama-sama membanu meneruskan tradisi klkm uniten walaupun mungkin dengan cara yang berbeza. cara tidak penting,yang penting niat dan sayang kan kelab yang menjadi pertaruhan. kalau ada program yang dirancang, diharapkan kita semua akan 'join' dan merancakkan aktiviti klkm uniten

terima kasih semua ahli-ahli pengakap kelana klkm uniten!!!
salam pengakap!!!

Sunday, December 14, 2008

Memori Indah di Raimuna Nasional Cibubur, Jakarta Indonesia

Pada Malam Kegiatan Seni Budaya

Tapak Perkhemahan Kontigen Malaysia - Universiti Tenaga Nasional Malaysia

Himpunan Raksasa Majilis Perasmian Pramuka Indonesia dan Pengakap Malaysia
bersama Bapa Presiden Susilo Bambang



Sebelum Perlepasan Kontigen Malaysia di KLIA Sepang


Kata- kata semangat dari Prof. Ghaz (Tim. Naib Chanselor Uniten) sebelum bertolak
Kata-kata dari Pramuka Indonesia
Pesan untuk sobatku...!
Waktu Aku berkata, mungkin membuat kamu tersiksa ..
Saat kita bercanda ria, mungkin membuat hatimu luka ..
Sudah waktunya kita berpisah ..
Satu pintaku, jangan lupakan Aku ya sobat ..!
Salam Pramuka....

(updated news) Baktisiswa Perdana Uniten 2009


- program anjuran pelajar-pelajar uniten dan terbuka untuk semua pelajar ini merupakan siri seterusnya baktisiswa uniten tetapi akan digerakkan dalam bentuk pengisian yang berbeza dari baktisiswa yang terdahulu.

- antara aktiviti yang akan dijalankan : keluarga angkat,bersama nelayan,bersama pesawah,lawatan pelancongan,lawatan rasmi,kenduri kampung,fasilitator,forum,bengkel akademik,bengkel bersama TNB,malam kebudayaan,gotong-royong, dll.

- pra-baksis akan dijalankan dalam semester 1, 2009.

- semester 1, 2009 (after final exam)

- sijil,baju koporat,pengangkutan disediakan.

- tempat: Kedah Darulaman

- pengambilan peserta dan ajk : coming soon

LIPUTAN/RAKAMAN: TV3, REMAJA, MEDIA CETAK


Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

(Azmil-Penasihat KLKM)
(Syafeeq-Pres MPP)
(Aliff-MPP)
(Shuk-Pres SRM)
(Muhammad-Pres Amanah)

.....................................................................................

ATTENTION TO ALL MT!

Kepada rakan2 Mt ku sekalian...

Sudah lebih seminggu tp anda2 sekalian masih belum bg gamba formal pkai uniform to me..

Kelewatan anda2 sekalian amatlah menyukarkan kerja saya untuk membuat carta organisasi yg perlu disiapkan by tomorrow..

So far yg dah bagi gambar xramai..

Tan, nabil sidek n fadilah je..

Mane yg lain..?

So harap2 korunk dapat la antar gamba tu ASAP by today..

If not, i will randomly pick ur photo from past activity..

So, cant wait to receive ur photo ya~

Sekian,
Exco Publisiti Dan Penerbitan

Tuesday, December 9, 2008

Petugas JAJ ke-24


Tahniah dan syabas kepada saudara Looi Kam Hoe..a.k.a Kim Hau kerana berjaya mengendalikan pasukan petugas dari UNITEN dengan amat berjaya sekali..
Walaupun pihak penganjur jambori kurang efisyen, namun hampir kesemua petugas boleh mengikut arahan dan telah menjalankan tugas yang diarahkan dengan baik sekali.

segala kebaikan datangnya dari Allah S.W.T dan segala keburukan dan kelemahan datangnya dari diri kita sendiri..




TANJUNG PIAI



MENGESAHKAN AKTIVITI JAMBORI


MENARA FUYOO~~


PEACE~


PETUGAS-PETUGAS JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KLKM UNITEN


Seperti yang dijanjikan, gambar telah dimuat ke dalam laman ini..

Sunday, November 2, 2008

Final Exam..

Kepada semua ahli KLKM UNITEN dan semua student UNITEN, selamat menjawab soalan peperiksaan.. Semoga berjaya.. Trimas..

MT jgn lupe tugas masing2 ye..and jgn balik awal sgt..i nk wat short meeting..
nk update..k?comment la kt sini..nk tgk berape ramai yg stuju wat meeting..

Wednesday, October 29, 2008

Perlantikan MT baru..

Tahniah Kepada saudara Tan Wei Hao ; IS079635 serta Jason Pang ; CE 081130 kerana dilantik menjadi Naib Presiden II dan Exco Perhubungan masing-masing pada 22/10/2008.. Dan kepada saudara Jason, welcome to the family..Diharapkan semua MT akan memikul tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi..

Trimas byk2~

~PRES 9W2EKN

Monday, October 20, 2008

Jambori Antarabangsa Johor ke-24

Notice: Jambori Antarabangsa Johor ke-24

Date: 13-20 November 2008
Venue : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

KLKM akan menghantar sebanyak 9 orang wakil iaitu:

1. Muhammad Najib Bin Hussin
2. Eric Ong Choon Tat
3. Nur Fadilah Binti Hassan
4. Kavivarman A/L Chandrasegaran
5. Looi Kam Hoe
6. Lim Mei Ling
7. Ugesvarar A/L Solomom Devasagayam
8. Shah Aizat Bin Razali
9. Yusra Adilah Binti Hamzah

Wakil yang dihantar akan bertugas sebagas urus setia perkhemahan selama 7 hari.
Harap-harap mereka dapat berkongsi pengalaman mereka and menaikkan nama KLKM UNITEN. TQ~

Jemputan untuk program rakan muda wawasan desa IPT 2008

Notice : Program Jemputan Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2008

Date : 9-12 November 2008
Venue : Kampung Salong, Pekan Pahang

Basically, this program is about "Home-stay" where we will assigned to a random family in the village itself, for 4 days 3 night we will be spending time together with them, and this program is sponsored and organized by Secretariat Rakan Muda (SRM) under Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ..
Many interesting activity will be conducted such as gotong royong, tour to tasik chini, BBQ, and cultural night..
This is the oportunity for us to gain experience as it will enhance our leadership skills and sosialising skill..
GET FREE CERTIFICATE AND ALSO T-SHIRT FROM KBS..

Fee: FREE
Dateline : 24 October 2008

interested? please contact :
Haseena Balqis Binti Amanullah
Vice President SRM
0173141495

or

Eric Ong
President KLKM,
016-6992365

Thursday, October 9, 2008

Ikatan & Simpulan


IKATAN BUKU SILA
Kegunaannya :
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula




IKATAN BUNGA KETI
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal






IKATAN BUNGA KETI BERGANDA
Kegunaannya :
Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat






IKATAN LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT
Kegunaannya :
Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau Ke pacang kerana cara begini mudah di buka dan tidak mudah tanggal ikatannya





IKATAN SIMPUL MANUK (Clove Hitch)
Kegunaannya :

Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.





SIMPULAN PENGAIL (Fisherman’s Knot)
Kegunaannya :
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin



IKATAN SIMPUL PULIH
Kegunaannya :
Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh



IKATAN LILIT BALAK
Kegunaannya:

Untuk mengikat tapi pada balak dan untuk memindahkan atau mengheret kayu atau batang balak





Lencana Rimba


Lencana Rimba adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan program latihan Scoutmaster yang diberikan oleh National Scout Association berkenaan. Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua manik kayu pada tali kasut. Penerima Lencana Rimba dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.

Manik tambahan diberikan kepada "wood badgers" yang bertugas sebagai sebahagian daripada lembaga pasukan pelatih "wood badge". Satu manik tambahan diberikan kepada Assistant Leader Trainers dan dua manik tambahandiberikan kepada Leader Trainers untuk menjadikan jumlah keseluruhannya empat.

Sebagai sebahagian tradisi yang tidak lagi diadakan, jika bukan kesemuanya, jumlah keseluruhan lima manik dipakai oleh mereka yang bertanggung jawab bagi melatih "Wood Badge" bagi pihak Pertubuhan Nasional Pengakap. Ini melambangkan pangkatnya sebagai wakil rasmi Gilwell dalam negaranya dan sebagai Timbalan Ketua Kem Gilwell.

Robert Baden-Powell sendiri mengenakan sejumlah enam manik yang dia serahkan kepada Sir Percy Everett ketika itu Timbalan Ketua Pengakap. Percy kemudiannya menyerahkan enam manik tersebut kepada Gilwell untuk dipakai oleh Ketua Kem Gilwell Camp Chief sebagai lencana pejabat.Tradisi ini masih kekal sehingga hari ini.

...............................................................................................

Sejarah

Latihan pada mulanya dijalankan oleh Robert Baden-Powell, pengasas Pengakap pada 8 September, 1919 di Gilwell. Pada penamat latihan dia menyerahkan setiappeserta satu manik kayu dari kalung yang dia terima dari Dinizulu, ketua Zulu. Bekalan asal manik telah lama habis dan hanya salinan diberikan pada masa kini

Monday, September 22, 2008

Weekly Activity - Saturday, September 13, 2008